persahabatan

Dia datang tanpa aku minta. Dia menegur tanpa aku suruh dan sampai sekarang dia masih ada walaupun hanya sekadar kawan. Aku tak minta dia hadir dalam hidup aku sampai sekarang selain dari keluarga aku sendiri. 4 bulan perkenalan hanya sebagai kawan keraana masing-masing punya kerjaya sendiri. Dia sekarang masih bekerja seperti biasa sambil membuat pjj untuk pelajarannya dan aku masih belajar di negeri orang lain. Hanya sekadar kawan gaduh ketika di tempat kerja dulu tetapi bertukar menjadi kawan baik sampai sekarang. Dia mempunyai masalah lalu dan aku begitu dan itu bukan sebab kami rapat sebagai kawan. dia lebih mementingkan keluarga,kerjaya,pelajaran dan kawan. Aku juga begitu pada waktu sekarang. Dia yang mengajar aku begitu kerana pangkat dia lebih tua dari aku dan dia mempunyai pengalaman. Kami sama Fakulti cuma lain subjek yang di ambil. Dia terlalu mahir dalam subjek accounting dan aku hanya tahhu dalam perngurusan pentadbiran.

Dia seorang yang kasar dari segi luaran. Loyar buruk itulah perangai yang selalu dia lakukan setiap hari. Dia sibuk dengan group bola dia tetapi itu lah perkara sihat yang dia lakukan jika ada masa lapang. Aku? Aku hanya suka makan tidur dan belajar. Hahahahaaha. sekarang aku membuat part time kerja di tempat lama aku. Bukan untuk berjumpa dia tetapi saja untuk mencari duit poket sendiri. Dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku pun tidak lah terlalu berharap dengan dirinya kerana aku menggap dia hanya sebagai kawan walaupun cara kami rapat sangat. Dia terlalu mengambil berat tetapi dia carring gila dengan kita sekalipun bila dia balas ada sahaja benda yang sakitkan hati.

Seperti waktu malam tadi, aku terjaga pukul 4 pagi. Aku pun tak tahu dan aku lihat phone ada chat masuk pastu nampak dia ada chat. so balas jela macam biasa dan punya balas chat tu memang kurang ajar satu ye, dua macam benda betul, tiga sebab dia balas mesti benda yang akan buat aku ketawa.

Harap persahabatan kecil aku dengan dia ni sampai bila-bila sebab walaupun dia ada kekasih sekali pun aku tidak mahu  untuk mengacau hubungan dia walaupun hanya sebagai kawan. sebab buka semua perempuan faham akan persahabatan seseorang lelaki dan perempuan sebab diorang akan memikirkan hal lain.

Terima kasih sahabat sebab ada bersama saya sampai sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Sambungan cerita part 2

cinta tak berbalas