Satu benda je saya nak. Tolong, pergi dari hidup saya. Tolong, jangan berhubung lagi dengan keluarga saya. Tolong, mengaku perbuatan awak. Tolong, bersikap lelaki matang. Tolong, jangan memaki perempuan yang sekarang ada dengan awak seperti dulu. Tolong, kurangkan panas baran awak. Tolong, rendahkan ego awak. Tolong, faham apabila perempuan perlukan awak. Tolong, pujuk dia walaupun awak tak reti pujuk. Dan tolong jaga dia dan bahagiakan dia. terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya tetapi awak adalah lelaki yang pengecut yang saya kenal.
Sambungan cerita part 2
Okay ni sambungan. Lepas dah dia kata dia masih sayangkan perempuan tu min just bagi kata2 lah sebab taknaklah asyik tengok story dia asyik sedih n lagi2 bila perempuan tu akan tukar ke universiti lain. Kekadang sharelah jugak masal dengan kawan min ni pasal ex or crush min sebab diorang tu kekawan kawan min. And satu course, satu group and semua lah 😠tapi nak buat macam manakan. Semua tu hanya tinggal kenangan. Itu sahajalah ceritanya dari kisah kawan min.
Comments
Post a Comment