Posts

Showing posts from September, 2018
Setiap malam aku akan menangis sebab teringatkan dia. Bila nangis aku memang akan tidur lambat. Bila bangun esok pagi mesti kena marah dengan mama sebab tak tolong kemas rumah. Ya aku tak solat subuh bersebab sebab tu aku bangun lambat. Kalau lah boleh mama tahu apa masalah aku dalam fikiran aku, aku harap aku boleh pergi jauh2 dan aku harap mama pun faham. Bukan senang nak melupakan seseorang tu. Bukan senang nak cari yang lain. Walaupun kita ramai kawan lelaki ke apa tak semestinya dia pun faham perasaan dan masalah kita. aku cuma nak tenangkan diri.
Image
Sejak beberapa harini aku selalu teringat kat dia. Entahlah kenapa aku masih ingat pasal dia walaupun hati aku yang sakit. Mungkin sebab aku baca chat dia dengan mama. Ya, dia sekarang kena jaga perasaan orang lain. Ya memang itu tugas dia sekarang ni. Tapi tahu tak kau tu sebenarnya yang buat lain terseksa walaupun kau kata hati kau yang hancur sehancurnya macam kau cerita dekat orang lain. Kau yang buat diri kau sendiri macam tu sebab ego n fikiran kau yang suka negatif dekat semua orang n kawan2 aku.  Kau tahu tak sebenarnya bukan senang nak lupakan seseorang dengan macam tu? Mungkin bagi kau senang sebab dah ada orang lain n dia ada selalu dengan kau. Macam kau cakap dengan mama. Dia baik n bagi kalau kau nak berbaik dengan aku sebagai kawan jelah. Semua perempuan n semua orang boleh cakap macam tu.  Setiap kali nak tulis blog ni min selalu nangis sebab teringat kat dia n apa dia dah buat. Ya. Min rasa menyesal n min nak ucapkan terima kasih kat allah se...

Luahan hati

Kenapa perlu kembali sekarang saat kita sedang berusaha untuk melupakan dia? Kenapa? Tidak sedarkah diri itu seperti anjing kehausan? Sudah diludah kenapa perlu nak jilat balik? Sudah di buang sepertisampah mengapa perlu kutipnya kembali? Kenapa menjadikan dirimu seorang pengecut disaat kebenaran sudah terbukti? Mengapa perlu menipu untuk mengelakkan diri? Ya. Dirimu patut bergelar pengecut kerana menipu semua orang. Menafikan kebenaran bagi mengelakkan dirimu dari sesuatu perkara. Diriku hampir melupakan dirimu tetapi hancur semuanya. Ya aku berjaya untuk melawan diriku untuk tergoda dengan lelaki lain bukan seperti dirimu yang bila seseorang datang memberi kasih sayang nasihat kesemuanya dirimu telah jatuh hati padanya. Dirinya datang disaat hati mu telah hancur dan dia memberi semangat dan kau memilih dia? Dia mana ego tinggi sebagai lelaki yang kau kata tidak akan mencari yang lain seperti dulu dikau gelarkan padaku? ternyata hatimu sebagai seorang lelaki yang cepat terpujuk...
Satu benda je saya nak. Tolong, pergi dari hidup saya. Tolong, jangan berhubung lagi dengan keluarga saya. Tolong, mengaku perbuatan awak. Tolong, bersikap lelaki matang. Tolong, jangan memaki perempuan yang sekarang ada dengan awak seperti dulu. Tolong, kurangkan panas baran awak. Tolong, rendahkan ego awak. Tolong, faham apabila perempuan perlukan awak. Tolong, pujuk dia walaupun awak tak reti pujuk. Dan tolong jaga dia dan bahagiakan dia. terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya tetapi awak adalah lelaki yang pengecut yang saya kenal.
Ada yang tanya kat min yang min tak move on ke? Okay. Min bukan taknak move on n buka terus hati min untuk orang lain tapi bukan senang nak lupakan seseorang. Yang kenal min tahulah perangai min macam mana. Macam housemate min. Dia tahu lah perangai gila min bila time malam nangis pastu time lepas solat nangis. Rasa sebab nangis sebab apa? Menyesal? menyesal tu rasa ada sikit tapi siapa kita nak putar balik masa kan. Setiap hari housemate min akan tanya nak makan tak n ajak keluar sebab alasan dia taknak tengok min macam orang tak betul kat rumah. sebab bila housemate yang min rapat ni takada memang min akan terperuk kat dalam rumah n tak keluar kecuali ada orang ajak. Itu diri min yang orang ramai tak tahu. Kalau pergi kelas ni lagi lah. Pergi kelas kekadang sorang2 or berteman. Lepas je habis kelas min akan balik dengan kawan min namanya izzah. Balik kelas kekadang kitaorang akan makan jap dekat depan rumah ataupun terus balik rumah. Rumah kitaorang dekat je cuma min rumah teres n di...

Dirimu

Hai assalamualaikum. Dah lama min tak update ceritakan. Bukan tak nak update or tak ada cerita cuma min tak ada masa sebab cuti ni min busy sikit. Dulu time exam min selalu curi2 masa nak buat cerita kan. Okay kali ini min akan buat cerita tentang seseorang. Sebab min tahu dia ada baca min punya blogger. Perkenalan yang dimulakan oleh seseorang yang sengaja untuk memulakan perbualan untuk sesuatu tugasan. Tetapi di akhirnya sama seperti cintanya yang lain. Hanya kerana salah dirinya yang ingin perhatian lebih ataupun salah seseorang yang tidak memahami akan tentang dirinya? Kerana satu kesalahan diperbesarkan dan diputar belitkan. Kerana? Untuk pertahankan cintanya tetapi salahnya kerana menipu? Atau mengaku tetapi di buang begitu kerana salahnya? Mana satu pilihan yang sebenarnya? Apa yang dirimu inginkan kepada dirinya? Salahkah mempunyai ramai kawan? Perlu ke kita membenci orang lain tetapi memandang keburukkan nya? Merosakkan pemikiran dan menjatuhkan pelajaran? Bukan sebab ses...